Friday, July 25, 2008

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Gambar ini diambil di kawasan pembinaan di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Pekerja yang bekerja disini adalah terdiri daripada warga asing yang datangnya dari Indonesia, Vietnam dan Bangladesh. Walaupun mereka ini hanya pendatang yang kita tak tahu samada kedatangan mereka ini secara sah atau pun tidak, namun hakikanya, mereka juga manusia biasa yang bekerja untuk menampung kehidupan mereka dan keluarga mereka. Mereka ini terdiri daripada individu yang kehidupannya sangat susah dan daif. Mereka ini datang bekerja di tempat kita untuk menyara diri dan keluarga mereka, bagi memastikan kehidupan keluarga mereka di kampung terjamin. Kerja ditempat pembinaan bukanlah suatu kerja yang mudah dan senang untuk dilakukan. Memerlukan kesabaran dan ketahanan fizikal dan mental. Pembinaan bangunan di sekitar Masjid Jamek ini sedang disiapkan oleh mereka yang ingin mendapatkan rezeki yang halal sangat menggamit perasaan. Mereka ini terus menjalankan kerja harian mereka dengan bersusah payah, walaupun dalam apa jua keadaan. Tanpa mengira penat dan lelah bagi menyara kehidupan keluarga mereka dikampung. Hujan dan panas terpaksa ditempuhi jua oleh mereka kerana ini adalah sumber rezeki mereka. Jika lihat kerja yang mereka lakukan bukanlah suatu kerja yang mudah. terpaksa mengangkat batu-batu yang berat, juga simen. memerlukan kesabaran yang tinggi. Mampukah rakyat negara kita melakukan kerja yang sedang mereka lakukan? Bekerja sebagai buruh binaan bukanlah senang, malah terpaksa menahan lapar dan dahaga. mengangkat batu bata yang besar dan berat, tanaga yang besar diperlukan. Berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikul.