Saturday, September 20, 2008

Warna-warna kehidupan





Gelagat pelanggan di tingkat 1 atas bangunan kompleks PKNS


Pelanggan sedang memerhatikan jualan pakaian yang dijual sambil menyaksikan persembahan Kumpulan Wildan




Kehidupan warga kota di Pusat Membeli Belah PKNS Bandar Baru Bangi.


Pelbagai jualan pakaian sempena hari raya yang bakal menjelma.



Warna-warna kehidupan bukan sahaja boleh dilihat di bandar-bandar, malah boleh juga dilihat di Kampung-kampung. Warna kehidupan adalah corak dan tingkat laku masyarakat juga keadaan alam disekeliling kita. Orang ramai sedang rancak membeli belah di pasaraya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bangi. Dalam masa yang sama mereka dihiburkan oleh sekumpulan nasyid iaitu Wildan dengan lagu-lagu nasyid yang sungguh merdu dan mengasyikkan semua pelanggan-pelanggan disitu. Persembahan yang ditunjukkan diadakan khusus untuk semua pelanggan di kompleks tersebut. Dengan mempersembahkan tiga buah lagu menambahkan kemeriahan pada hari tersebut.

Suasana yang meriah itu telah melihatkan mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka. Jualan pakaian yang pelbagai yang terdiri daripada baju kurung, baju melayu, pakaian kanak-kanak, remaja juga dewasa telah memberikan pelbagai pilihan kepada pelanggan. Bukan sahaja dengan pilihan pakaian malah terdapat juga aneka barangan lain yang dijual disitu. Dari sini, kita dapat melihat gelagat-gelagat pelanggan yang sedang membeli belah. Ada yang sedang tawar menawar, ada yang sedang membelek, belek pakaian yang dijual, ada juga hanya sekadar melihat dan berjalan-jalan sahaja.

Terdapat juga pelanggan yang sedang berdiri di setiap tingkat memerhatikan persembahan yang sedang berlansung. Dengan pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh mereka, bukan sahaja kanak-kanak, malah kanak-kanak juga turut memberi perhatian dan melihat melalui celah-celah tiang di pasaraya tersebut. Kanak-kanak sangat teruja dengan persembahan kumpulan Wildan sehingga mereka sanggup berdiri di hadapan pentas tersebut. Begitulah kelakuan dan gelagat yang telah ditunjukkan oleh mereka. Warna-warna kehidupan di pasaraya. Ada yang tersenyum riang gembira, ada juga yang sekadar menunjukkan reaksi muka biasa sahaja.

Kemeriahan dan suasana ini bukan sahaja dapat dilihat di sini, malah dipasaraya-pasaraya lain juga turut dapat dilihat. Kemeriahan ini menunjukkan yang masyarakat di negara ini mempunyai cara hidup yang tersendiri baik lelaki mahupun perempuan. corak-corak dan rona hidup ini boleh dikatakan sebagai warna-warna kehidupan.

Wednesday, September 17, 2008

GEMBIRA


Rakan-rakan sekelas sedang bermain bowling bagi menghiburkan hati mereka selepas tamat peperiksaan


Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka selepas bermain bowling di Mines Serdang

Wajah-wajah gembira dimana setiap mimik muka mereka menunjukkan yang mereka berpuas hari hati pasa hari tersebut.






Selepas tamatnya peperiksaan adalah saat yang paling gembira dalam diri setiap pelajar selepas betungkus lumus untuk menyiapkan diri bagi menjawab peperiksaan. bagi pelajar tahun dua, Universiti Putra Malaysia (UPM)mereka akan keluar selepas selesai peperiksaan bagi menghiburkan hati mereka. Antara aktiviti yang dilakukan adalah dengan bermain bowling. Bagi mereka permainan ini bukan sahaja dapat menghiburkan hati malah dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka dengan bermain secara berpasukan. Walaupun permainan ini perlu menggunakan sedikit modal iaitu yuran yang dikenakan untuk bermain dan menyewa kasut, namun kepuasan selepas berjaya melepaskan hayunan bola bowling akan membuatkan hati mereka berasa tenang. menurut Farhana bowling adalah permainan kegemarannya.

Kegembiraan dapat dilihat dengan jelas pada wajah mereka apabila mereka berpuas hati dengan permainan pada hari tersebut. kegembiraan adalah satu yang sangat subjektif, tidak dapat didengar, malah dapat dirasa dengan hati dan kepuasaan yang datangnya dari dalam diri individu tersebut. Gelagat setiap orang amat mencuit hati,membuatkan setiap perlakuan dan gelagat menceriakan hati. pada waktu dan saat itu semua orang sedang bergembira. dengan permainan bowling yang pengakhirannya dimenangi oleh shafa.

Majlis perkahwinan nurul huda dan hafiz yang bertemakan warna merah tua, telah menaikkan seri pengantin pada hari tersebut. Daripada gambar ini dapat dilihat, kegembiraan jelas terpancar di wajah Norazlina dan Nurul Huda. Keduanya tersenyum riang pada hari tersebut. Manakala Nurul bersama kawan-kawannya juga jelas menunjukkan yang mereka sangat gembira pada hari tersebut.

Potret




Friday, August 8, 2008

ORANG BEKERJA




hujan emas di negeri orang



Hujan emas di negeri orang, ini yang dapat digambarkan melalui gambarkan ini. pekerja ini datang ke negara ini untuk mncari rezeki yang halal bagi menampung keluarganya dikampung. bekerja di tempat orang bukanlah suatu kerja yang mudah. Malah memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi. berbekalkan tulang empat kerat yang dianugerahkan kepadanya, Samad bekerja sebagai pembantu kafeteria di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.


Bekerja sebagai seorang pembuat air disamping kerja-kerja yang lain bukanlah suatu kerja yang mudah, namun untuk mencari rezeki yang halal bagi menampung diri dan keluarga adalah yang terbaik buatnya. Setiap hari, seawal 8.00 pagi perlu berada ditempat kerjanya. kehidupan tidaklah semewah mana, namun cukup untuk menyara diri dan keluarga. bekerja di negara Malaysia adalah sesuatu yang menguntungkan berbanding bekerja di tempat sendiri yang belum tentu pendapatannya sehari berapa. hanya peluh dan kepenatan yang diperolehi.


Hasil pendapatan yang diperolehi ini diberikan kepada keluarga yang berada di Indonesia. walaupun jumlah pendapatan yang diterima tidaklah sebanyak mana, namun itu adalah yang terbaik daripada pekerja ditempat sendiri. selain daripada dapat melihat keindahan alam di tempat orang. pengalaman yang diperolehi juga amat berguna di masa akan datang. Negara ini adalah syurga bagi mereka, itulah yang dapat digambarkan kepada mereka yang datang ke negara ini.

Friday, August 1, 2008

CROP GAMBAR- TIGA SAHABAT


Senyuman dan kegembiraan yang ditunjukkan oleh tiga sahabat ini.

TIGA SAHABAT



Perjumpaan tiga sekawan di Maju Juntion, Kuala Lumpur

Friday, July 25, 2008

berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Gambar ini diambil di kawasan pembinaan di Masjid Jamek Kuala Lumpur. Pekerja yang bekerja disini adalah terdiri daripada warga asing yang datangnya dari Indonesia, Vietnam dan Bangladesh. Walaupun mereka ini hanya pendatang yang kita tak tahu samada kedatangan mereka ini secara sah atau pun tidak, namun hakikanya, mereka juga manusia biasa yang bekerja untuk menampung kehidupan mereka dan keluarga mereka. Mereka ini terdiri daripada individu yang kehidupannya sangat susah dan daif. Mereka ini datang bekerja di tempat kita untuk menyara diri dan keluarga mereka, bagi memastikan kehidupan keluarga mereka di kampung terjamin. Kerja ditempat pembinaan bukanlah suatu kerja yang mudah dan senang untuk dilakukan. Memerlukan kesabaran dan ketahanan fizikal dan mental. Pembinaan bangunan di sekitar Masjid Jamek ini sedang disiapkan oleh mereka yang ingin mendapatkan rezeki yang halal sangat menggamit perasaan. Mereka ini terus menjalankan kerja harian mereka dengan bersusah payah, walaupun dalam apa jua keadaan. Tanpa mengira penat dan lelah bagi menyara kehidupan keluarga mereka dikampung. Hujan dan panas terpaksa ditempuhi jua oleh mereka kerana ini adalah sumber rezeki mereka. Jika lihat kerja yang mereka lakukan bukanlah suatu kerja yang mudah. terpaksa mengangkat batu-batu yang berat, juga simen. memerlukan kesabaran yang tinggi. Mampukah rakyat negara kita melakukan kerja yang sedang mereka lakukan? Bekerja sebagai buruh binaan bukanlah senang, malah terpaksa menahan lapar dan dahaga. mengangkat batu bata yang besar dan berat, tanaga yang besar diperlukan. Berat mata kita memandang berat lagi bahu yang memikul.