Saturday, September 20, 2008

Warna-warna kehidupan





Gelagat pelanggan di tingkat 1 atas bangunan kompleks PKNS


Pelanggan sedang memerhatikan jualan pakaian yang dijual sambil menyaksikan persembahan Kumpulan Wildan




Kehidupan warga kota di Pusat Membeli Belah PKNS Bandar Baru Bangi.


Pelbagai jualan pakaian sempena hari raya yang bakal menjelma.



Warna-warna kehidupan bukan sahaja boleh dilihat di bandar-bandar, malah boleh juga dilihat di Kampung-kampung. Warna kehidupan adalah corak dan tingkat laku masyarakat juga keadaan alam disekeliling kita. Orang ramai sedang rancak membeli belah di pasaraya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bangi. Dalam masa yang sama mereka dihiburkan oleh sekumpulan nasyid iaitu Wildan dengan lagu-lagu nasyid yang sungguh merdu dan mengasyikkan semua pelanggan-pelanggan disitu. Persembahan yang ditunjukkan diadakan khusus untuk semua pelanggan di kompleks tersebut. Dengan mempersembahkan tiga buah lagu menambahkan kemeriahan pada hari tersebut.

Suasana yang meriah itu telah melihatkan mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka. Jualan pakaian yang pelbagai yang terdiri daripada baju kurung, baju melayu, pakaian kanak-kanak, remaja juga dewasa telah memberikan pelbagai pilihan kepada pelanggan. Bukan sahaja dengan pilihan pakaian malah terdapat juga aneka barangan lain yang dijual disitu. Dari sini, kita dapat melihat gelagat-gelagat pelanggan yang sedang membeli belah. Ada yang sedang tawar menawar, ada yang sedang membelek, belek pakaian yang dijual, ada juga hanya sekadar melihat dan berjalan-jalan sahaja.

Terdapat juga pelanggan yang sedang berdiri di setiap tingkat memerhatikan persembahan yang sedang berlansung. Dengan pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh mereka, bukan sahaja kanak-kanak, malah kanak-kanak juga turut memberi perhatian dan melihat melalui celah-celah tiang di pasaraya tersebut. Kanak-kanak sangat teruja dengan persembahan kumpulan Wildan sehingga mereka sanggup berdiri di hadapan pentas tersebut. Begitulah kelakuan dan gelagat yang telah ditunjukkan oleh mereka. Warna-warna kehidupan di pasaraya. Ada yang tersenyum riang gembira, ada juga yang sekadar menunjukkan reaksi muka biasa sahaja.

Kemeriahan dan suasana ini bukan sahaja dapat dilihat di sini, malah dipasaraya-pasaraya lain juga turut dapat dilihat. Kemeriahan ini menunjukkan yang masyarakat di negara ini mempunyai cara hidup yang tersendiri baik lelaki mahupun perempuan. corak-corak dan rona hidup ini boleh dikatakan sebagai warna-warna kehidupan.

No comments: