Monday, July 6, 2009

Anak sepupuku.....yang baru lahir




Ini adalah baby Nurul & hafiz yang baru berusia 6 hari..huhu...Puteri NurDalisya...
comel..ikot muka ayahnya....aku sempat melawat bersama hubbyku mak n ayah mentuaku di sg petani..sebelum itu, kami ke Yan Kecil rumah kakak mak mentuaku yang sedang sakit..aduh...cantiknya persekitaran di situ...

sebelum itu kami sempat pi pekena laksa di Guaq..hahaha...ayah mentua aku yang bawa..
sedapnya tidak terhingga....hehehtapi lagi sedap laksa yang mak aku buat...
aduh! tak sabarnya nak balik putrajaya makan laksa yang mak aku buat...heheh terliur la pulak....hubby ku plak duk teringin nak makan kewteaw Sup Medan Presint 8..ntah angin apa..duk kalut nk makan....hahahah


minggu ini adalah minggu terakhir sebelum aku balik ke Putrajaya untuk lapor diri di JPA..waduh!!!

Mudah-mudahkan aku dapat ditukarkan kePulau Pinang dengan segera...kesian hubbyku...hehehe..bujang lah dia kembali..sama juga dengan aku.....

Thursday, July 2, 2009

Lagi-lagi gambar kawen ku....












Ini adalah sebahagian dari gambar kawen aku..huhu..nk ambk gambar dekat jurufoto pun tak sempat...sibuk ngan macam2 hal..edeh....dengan letih kerja kerja kerja..tapi tetap seronok...walaupun terdapat beberapa hal yang tak dapat dielakkan semasa majlis perkahwinanku...namun tetamu yang hadir lebih kurang 2 ribu itu tetap meriah dan berjalan dengan lancar tanpa hujan...Alhamdulillah......

Hubbyku baru sahaja baik dari demam...tak sempat kami nk berbulan madu yang ditangguh dari sehari ke hari...dapat MC seminggu...sian dia..hehehe...aku cuma dapat cuti sehari sahaja untuk temankan hubby ku ke klinik...

minggu depan genap sebulan pernikahan kami...alhamdulillah...

Monday, June 29, 2009

di Hari Bersejarah



Liputan..Berita Pelik tapi Benar..Di Taman Negara Pulau Pinang






kami krew RTM menaiki bot ke Taman Negara untuk menyaksikan tasik yang luar biasa...
di atasnya adalah air tawar dan dibawahnya adalah air masin..sungguh ajaib ciptaan Allah....malangnya pada hari tersebut..hujan turun dengan lebatnya menyebabkan kami terpaksa menunggu hujuan berhenti untuk mengambil gambar....

Dalam sejarah, saya berbaju kurung dengan berkasut tumit tak brapa tinggi meredah hutan untuk melihat persekitaran di situ...dengan keadaan yang hujan tidak mematahkan semangat saya untuk teruskan kerja pada hari tersebut.

LAUT yang bergelora pada hari tersebut juga menyebabkan kami mengambil masa yang agak lama untuk sampai ke pantai kerachut..dimana terletaknya tasik merotorik itu.

Saturday, September 20, 2008

Warna-warna kehidupan





Gelagat pelanggan di tingkat 1 atas bangunan kompleks PKNS


Pelanggan sedang memerhatikan jualan pakaian yang dijual sambil menyaksikan persembahan Kumpulan Wildan




Kehidupan warga kota di Pusat Membeli Belah PKNS Bandar Baru Bangi.


Pelbagai jualan pakaian sempena hari raya yang bakal menjelma.



Warna-warna kehidupan bukan sahaja boleh dilihat di bandar-bandar, malah boleh juga dilihat di Kampung-kampung. Warna kehidupan adalah corak dan tingkat laku masyarakat juga keadaan alam disekeliling kita. Orang ramai sedang rancak membeli belah di pasaraya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Bangi. Dalam masa yang sama mereka dihiburkan oleh sekumpulan nasyid iaitu Wildan dengan lagu-lagu nasyid yang sungguh merdu dan mengasyikkan semua pelanggan-pelanggan disitu. Persembahan yang ditunjukkan diadakan khusus untuk semua pelanggan di kompleks tersebut. Dengan mempersembahkan tiga buah lagu menambahkan kemeriahan pada hari tersebut.

Suasana yang meriah itu telah melihatkan mereka berpuas hati dengan kehidupan mereka. Jualan pakaian yang pelbagai yang terdiri daripada baju kurung, baju melayu, pakaian kanak-kanak, remaja juga dewasa telah memberikan pelbagai pilihan kepada pelanggan. Bukan sahaja dengan pilihan pakaian malah terdapat juga aneka barangan lain yang dijual disitu. Dari sini, kita dapat melihat gelagat-gelagat pelanggan yang sedang membeli belah. Ada yang sedang tawar menawar, ada yang sedang membelek, belek pakaian yang dijual, ada juga hanya sekadar melihat dan berjalan-jalan sahaja.

Terdapat juga pelanggan yang sedang berdiri di setiap tingkat memerhatikan persembahan yang sedang berlansung. Dengan pelbagai aksi yang ditunjukkan oleh mereka, bukan sahaja kanak-kanak, malah kanak-kanak juga turut memberi perhatian dan melihat melalui celah-celah tiang di pasaraya tersebut. Kanak-kanak sangat teruja dengan persembahan kumpulan Wildan sehingga mereka sanggup berdiri di hadapan pentas tersebut. Begitulah kelakuan dan gelagat yang telah ditunjukkan oleh mereka. Warna-warna kehidupan di pasaraya. Ada yang tersenyum riang gembira, ada juga yang sekadar menunjukkan reaksi muka biasa sahaja.

Kemeriahan dan suasana ini bukan sahaja dapat dilihat di sini, malah dipasaraya-pasaraya lain juga turut dapat dilihat. Kemeriahan ini menunjukkan yang masyarakat di negara ini mempunyai cara hidup yang tersendiri baik lelaki mahupun perempuan. corak-corak dan rona hidup ini boleh dikatakan sebagai warna-warna kehidupan.

Wednesday, September 17, 2008

GEMBIRA


Rakan-rakan sekelas sedang bermain bowling bagi menghiburkan hati mereka selepas tamat peperiksaan


Kegembiraan jelas terpancar pada wajah mereka selepas bermain bowling di Mines Serdang

Wajah-wajah gembira dimana setiap mimik muka mereka menunjukkan yang mereka berpuas hari hati pasa hari tersebut.






Selepas tamatnya peperiksaan adalah saat yang paling gembira dalam diri setiap pelajar selepas betungkus lumus untuk menyiapkan diri bagi menjawab peperiksaan. bagi pelajar tahun dua, Universiti Putra Malaysia (UPM)mereka akan keluar selepas selesai peperiksaan bagi menghiburkan hati mereka. Antara aktiviti yang dilakukan adalah dengan bermain bowling. Bagi mereka permainan ini bukan sahaja dapat menghiburkan hati malah dapat mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka dengan bermain secara berpasukan. Walaupun permainan ini perlu menggunakan sedikit modal iaitu yuran yang dikenakan untuk bermain dan menyewa kasut, namun kepuasan selepas berjaya melepaskan hayunan bola bowling akan membuatkan hati mereka berasa tenang. menurut Farhana bowling adalah permainan kegemarannya.

Kegembiraan dapat dilihat dengan jelas pada wajah mereka apabila mereka berpuas hati dengan permainan pada hari tersebut. kegembiraan adalah satu yang sangat subjektif, tidak dapat didengar, malah dapat dirasa dengan hati dan kepuasaan yang datangnya dari dalam diri individu tersebut. Gelagat setiap orang amat mencuit hati,membuatkan setiap perlakuan dan gelagat menceriakan hati. pada waktu dan saat itu semua orang sedang bergembira. dengan permainan bowling yang pengakhirannya dimenangi oleh shafa.

Majlis perkahwinan nurul huda dan hafiz yang bertemakan warna merah tua, telah menaikkan seri pengantin pada hari tersebut. Daripada gambar ini dapat dilihat, kegembiraan jelas terpancar di wajah Norazlina dan Nurul Huda. Keduanya tersenyum riang pada hari tersebut. Manakala Nurul bersama kawan-kawannya juga jelas menunjukkan yang mereka sangat gembira pada hari tersebut.

Potret